1-300-88-2424 [email protected]

Mudah Urus Gaji

27 April 2019 | shah alam, selangor

Pengenalan

Sebab utama seseorang bekerja adalah untuk mendapat pembayaran mengikut kontrak atau surat lantikan yang telah dipersetujui.

Pada masa yang sama, undang-undang Malaysia juga menjelaskan cara pembayaran yang patut dibuat, iaitu melalui wang atau elaun. Majikan harus mengikut Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah 004 / Sarawak 2005 dan membuat potongan dan bayaran mengikut kadar SOCSO dan EPF. Majikan juga harus membuat potongan untuk PCB.

Objektif

Program ini akan membincangkan tentang pengiraan gaji di bawah Akta Kerja 1955 / Labour Ordinan Sabah 2004 / Sarawak 2005, potongan dan bayaran untuk EPF, SOCSO dan cukai pendapatan (PCB).

Program ini adalah untuk pihak pengurusan dan kakitangan yang menguruskan manfaat dan menyediakan bayaran gaji. Para peserta akan menjadi kompeten selepas menghadirinya.

Isu/Masalah

249 Pengarah Syarikat Dihalang Keluar Negara – KWSP (sumber: Berita Harian 17 September 2014)

13 majikan di Selangor didenda RM83,600 gagal patuhi gaji minimum (sumber BERNAMA 3 Februari 2015

Kesalahan dan penalti di bawah Akta KWSP 1991 dan Peraturan Dan Kaedah KWSP 1991 mengikut seksyen 43 (2): Mana-mana majikan yang gagal membayar caruman kepada Lembaga KWSP bagi pihak mana-mana pekerja, boleh dikenakan penalti penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Setelah menghadiri program ini, anda akan dapat:

  • Mengira gaji untuk kerja ikut waktu biasa dan melebihi masa (OT)
  • Mengira gaji untuk bayaran tunai cuti ganti
  • Mengira gaji untuk cuti sakit berhospital dan tidak berhospital
  • Mengira bayaran untuk cuti bersalin dibayar dan tidak dibayar
  • Mengira gaji untuk bulanan tidak lengkap dan hari tanpa gaji
  • Mengira gaji untuk pemberhentian kerja dan pecatan
  • Mengira pampasan untuk berhentikan kerja (retrenchment)
  • Mengira gaji dan manfaat untuk pekerja sambilan
  • Mengira potongan yang wajib untuk SOCSO, EPF, cukai pendapatan mengikut carta yang disediakan (PCB)
  • Mengira nilaian untuk manfaat perumahan dan “Perks”
  • Menyediakan Borang EA dengan teliti
  • Menyediakan laporan gaji bulanan mengikuti perundangan Malaysia

Siapa Yang Patut Hadir?

  • Pegawai Khas Gaji dan Penolongnya
  • Pegawai Khas Pampasan dan Manfaatan
  • Pengurus dan Eksekutif Kiraan dan Kewangan
  • Pengurus dan Eksekutif Sumber Manusia

Metodologi

Penyampaian Interaktif, Perbincangan dan Soal Jawab

Kandungan Modul

  1. Pengenalan

– Perbezaan di antara gaji harian dan gaji bulanan

– Perbezaan di antara Akta Kerja 1955 & Ordinan Buruh Sabah 2004 / Sarawak 2005)

– Gaji Harian, bulanan dan gaji sehelai (piece-rate)

 

  1. Waktu Kerja Biasa dan Lebih Masa (OT)

– Waktu kerja biasa dan hari

– Pembayaran untuk ‘spread-over’

– Pengiraan untuk waktu lebih masa (OT)

– Bilakah pengiraaan bermula untuk OT

– Pengiraan untuk OT

– Had jam untuk OT

 

  1. Hari Rehat dan OT

– Berapa hari minima untuk hari rehat seminggu?

– Kadar bayaran untuk waktu kerja biasa dan OT

– Bolehkah pekerja dipaksa bekerja pada hari rehat?

 

  1. Cuti Am (PH) dan OT

– Perbezaan di antara cuti am diwajib dan tidak diwajib

– Berapa hari cuti am wajib dan tidak wajib

– Kadar bayaran hari cuti wajib dan bukan hari cuti wajib

 

  1. Cuti Tahunan dan Cuti Tanpa Gaji

– Hari minima yang wajib

– Gaji untuk cuti yang tidak diambil

– Pengiraan untuk cuti tanpa gaji

 

  1. Cuti Sakit Bergaji dan Tidak Bergaji

– Berapa hari untuk cuti sakit berhospital dan tidak berhospital

– Bila pekerja boleh dianggap berhospital

– Syarat-syarat untuk mengambil cuti sakit

– Pengiraan untuk cuti sakit tanpa gaji

 

  1. Pengiraaan Gaji Untuk Cuti Bersalin

– Elaun / gaji untuk cuti bersalin

– Syarat untuk mengambil gaji cuti bersalin

– Pengiraan untuk gaji cuti bersalin

– Bayaran untuk pekerja berhenti kerja

– Pengiraan untuk cuti bersalin yang tidak bergaji

 

  1. Pentadbiran Gaji

– Definisi untuk ‘gaji’

– Pengiraan untuk bulan yang tidak lengkap

– Pinjaman minima dan maksima

– Potongan dari gaji: wajib dan tidak wajib

– Had untuk potongan dari gaji

– Isi kandungan Penyata Gaji / ‘pay-slip’

– Tarikh pembayaran gaji

 

  1. Berhenti dan Dipecat dari Kerja

– Tempoh notis untuk berhenti

– Pengiraan untuk tempoh notis berhenti

– Pengiraan untuk ganti-rugi sebab tidak memberi notis berhenti

– Pengiraan untuk hari kerja terakhir

– Tarikh bayaran gaji

 

  1. Pemberhentian Kerja (Retrenchment)

– Siapa layak untuk pampasan

– Siapa tidak layak untuk pampasan

– Tempoh notis untuk diberhentikan kerja

– Pengiraan untuk bayaran diberhentikan kerja

– Tarikh bayar pampasan

 

  1. Pemberhentian Kerja (Retrenchment)

– Siapa layak untuk pampasan

– Siapa tidak layak untuk pampasan

– Tempoh notis untuk diberhentikan kerja

– Pengiraan untuk bayaran diberhentikan kerja

– Tarikh bayar pampasan

 

  1. Pekerja Sambilan

– Siapa yang dilindungi di bawah akta?

– Berapa hari untuk cuti tahunan?

– Berapa hari cuti sakit?

– Waktu hari kerja dan kadar OT?

– Berapa hari cuti am and kadar OT?

– Berapa hari cuti rehat dan kadar OT?

– Pengiraan untuk manfaat lain

 

  1. SOCSO / EPF Potongan & Bayaran

– Siapa layak untuk SOCSO dan EPF?

– Apa jenis pendapatan, majikan harus membuat potongan?

– Bayaran untuk pekerja berumur 60 dan ke atas

– Hari bayaran yang terakhir

– Bayaran lewat

 

  1. Potongan Cukai Bulanan PCB

– Definisi ‘gaji’ untuk PCB

– Siapa layak untuk PCB

– Pendapatan biasa dan pendapatan tambahan

– Pengecualian dari PCB

– Penggunaan jadual untuk pengiraan PCB

– Penggunaan formula untuk pengiraan PCB

– Potongan wajib dan bukan wajib

– Rebat selepas cukai

– Tarikh akhir untuk bayar PCB

– Potongan dari gaji untuk tahun pendahuluan

Profil Speaker

Nasrul Hadi, C.A.(M)

Nasrul Hadi adalah seorang Akauntan Kanan di Richworks Group of Companies. Memiliki pengalaman lebih daripada 10 tahun melibatkan perkhidmatan perundingan perakaunan, audit, percukaian dan sumber manusia kepada pelanggan dalam pelbagai industri, dengan tumpuan kepada aspek pematuhan dan perihal pengurusan perniagaan.

Beliau merupakan seorang pakar di dalam pengkhususan Pengurusan Tunai, Perakaunan & Percukaian untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS). Beliau kini sedang membina kerjayanya sebagai penceramah dan konsultan tentang amalan terbaik di dalam bidang perakaunan, percukaian dan pengurusan perniagaan.

Antara para pelanggan dan peserta program yang pernah meraih manfaat hasil daripada tunjuk ajar dan konsultasi yang dikongsikan oleh beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pemilik perniagaan, Pengurus kanan, Akauntan, Eksekutif dan lain-lain.

Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan merupakan seorang Akauntan Bertauliah melalui Malaysian Institute of Accountants (MIA). Beliau juga kini sedang di dalam proses mendapatkan keahlian profesional melalui Association of Certified Chartered Accountants (ACCA), U.K.

Payroll & Human Resources

27 April 2019
Akan Dimaklumkan

Hubungi Kami

Phone

1-300-88-2424

Email

[email protected]

Address

RichQ, No 77, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor.

X