1-300-88-2424 [email protected]

Cashflow & Filing

23 MAC 2019 | RICHQ, SEKSYEN 13, SHAH ALAM

Pengenalan

Antara salah satu sebab kenapa ramai peniaga diisytihar muflis adalah kerana gagal nak urus cashflow.

Berniaga tapi tak tahu duit bisnes hilang ke mana. Berniaga sepatutnya boleh beli harta tapi perniagaan kita makin susah, makin banyak pula hutang bisnes.

Objektif

Mencapai pengurusan kewangan bisnes yang bersistematik dan efektif

Bantu peserta mahir tentang pengurusan aliran tunai dengan mengajar kepentingan rekod aliran tunai keluar/masuk secara konsisten tanpa gagal setiap hari.

Isu/Masalah

Menurut kajian yang dilakukan oleh Statistic Brain Research Institute di California menyatakan, 75% bisnes bertahan pada tahun pertama, 64% sampai ke tahun kedua, dan 56% sehingga tahun ketiga.

Dari kajian ini, didapati 46% disebabkan tidak ada kemahiran berbisnes dan antara punca utamanya adalah tidak pandai menguruskan kewangan sehingga boleh diisytihar muflis di bawah Akta Insolvensi 1967.

Setelah menghadiri program ini, anda akan dapat:

  • Belajar macam mana nak urus duit keluar/masuk untuk perbelanjaan bisnes setiap hari dan nampak dengan jelas ke mana perginya duit bisnes.
  • Dapat sahkan baki duit bisnes harian.
  • Dapat amalkan secara konsisten bayar gaji pekerja, bayar bil-bil berkaitan malah anda boleh bayar gaji anda sendiri dan simpan duit.
  • Belajar bagaimana cara yang betul menyediakan – Balance Sheet, Profit & Loss (P&L) dan penyata pendapatan.
  • Belajar cara asas bagaimana pentingnya ada sistem filing yang lebih teratur untuk pastikan ada dokumen sokongan yang lengkap untuk setiap transaksi duit keluar/masuk perniagaan.

Siapa Yang Patut Hadir?

  • Kerani Akaun

  • Pembantu Akauntan

  • Pengurus Perakaunan

  • Eksekutif Perakaunan

Metodologi

Penyampaian Interaktif, Perbincangan dan Soal Jawab

Kandungan Modul

 

1. Kenapa Cashflow penting – Relationship

  • Diri sendiri
  • People around you – Team/ Staff
  • Customer
  • Supplier
  • Government/ Pihak berkuasa

2. Sikap berkenaan Cashflow

  • Financial Awareness
  • Financial Motivation
  • Financial Management- Liability semasa

3. Payment Master plan

4. Personal budgeting & Business Budgeting

5. Filing

6. Formula C.A.S.H

  • Pemahaman lebih menyeluruh dalam kawal selia aliran tunai menggunakan formula C.A.S.H

Profil Speaker

Nasrul Hadi, C.A.(M)

Nasrul Hadi adalah seorang Akauntan Kanan di Richworks Group of Companies. Memiliki pengalaman lebih daripada 10 tahun melibatkan perkhidmatan perundingan perakaunan, audit, percukaian dan sumber manusia kepada pelanggan dalam pelbagai industri, dengan tumpuan kepada aspek pematuhan dan perihal pengurusan perniagaan.

Beliau merupakan seorang pakar di dalam pengkhususan Pengurusan Tunai, Perakaunan & Percukaian untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS). Beliau kini sedang membina kerjayanya sebagai penceramah dan konsultan tentang amalan terbaik di dalam bidang perakaunan, percukaian dan pengurusan perniagaan.

Antara para pelanggan dan peserta program yang pernah meraih manfaat hasil daripada tunjuk ajar dan konsultasi yang dikongsikan oleh beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pemilik perniagaan, Pengurus kanan, Akauntan, Eksekutif dan lain-lain.

Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan merupakan seorang Akauntan Bertauliah melalui Malaysian Institute of Accountants (MIA). Beliau juga kini sedang di dalam proses mendapatkan keahlian profesional melalui Association of Certified Chartered Accountants (ACCA), U.K.

Cashflow & Filing

23 Mac 2019
RichQ, Seksyen 13, Shah Alam

Hubungi Kami

Phone

1-300-88-2424

Email

[email protected]

Address

RichQ, No 77, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 , Shah Alam, Selangor.

X